Kata Nama
Monday 7 November 2011
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang | ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dan sebagainya. |
binatang | ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dan sebagainya. |
tumbuh- tumbuhan | pokok, betik, rumput, lalang dan sebagainya. |
benda | pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dan sebagainya. |
tempat | pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dan sebagainya. |
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. | Pada akhir ayat |
Gajah itu berbadan besar. | Pada awal ayat |
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dan sebagainya.
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dan lain-lain lagi.
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dan sebagainya.
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dan sebagainya.
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.