Dari Dan Daripada

Monday 12 December 2011

Penggunaan Dari dan Daripada.

Kata Sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu atau masa. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda; asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.

Contoh penggunaan dari dalam ayat 
1.  menunjukkan tempat dan arah.
a )  Angin kencang bertiup dari arah selatan.
b)   Bola itu ditolak dari penjuru padang.
c)   Kami akan membincangkan tajuk ini dari segi moral.
d)   Anda datang dari mana ?
e)   Dia merantau dari Kedah hingga ke Kuala Lumpur.
2. menunjukkan waktu atau masa :
a)  Berita itu telah disampaikan dari subuh lagi.
b)  Tamadun Islam telah wujud sejak dari zaman lampau.
c)  Dia telah menunggu dari pukul lapan pagi hingga sekarang.
d)  Dari zaman batu lagi, manusia telah mula hidup berdikari.
Penggunaan daripada dalam ayat.
1.  menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad.
a)  Dia terima surat itu daripada emaknya di kampung.
b)  Daripada siapakah surat itu diterima ?
c)  Borang permohonan itu boleh didapati daripada pejabat kadi.
d)  Cadangan daripada persatuan itu telah diterima.
e)  Penjaga zoo itu telah mendapat tendangan daripada gajah liar itu.
f)   Dia menjauhkan adiknya daripada bahaya dadah.
2.   Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
a)   Beg itu dibuat daripada kulit.
b)   Air berpunca daripada gabungan hidrogen dan oksigen.
c)   Ahli kumpulan itu terdiri daripada ibu bapa dan guru.
d)   Benang berasal daripada kapas.
3.   Menunjukkan perbezaan atau perbandingan.
a)   Dia lebih jelita daripada ibunya.
b)   Cara berfikirnya lain daripada yang lain.
c)   Markah yang diperolehinya hanya separuh daripada yang dijangkakan.
Sekarang, anda pasti sudah lebih mengetahui penggunaan Dari dan Daripada yang betul dalam Bahasa Melayu. Cuba latihan di bawah i ni sebagai pengukuhan pengetahuan anda ini.
Isikan tempat - tempat kosong dalam ayat- ayat berikut dengan dari atau daripada di mana yang sesuai.
1.  Dia tidak berani menonton filem seram semenjak dia pulang _______ tanah perkhuburan itu.
2.  Osman menunggu Ali _______ pukul sembilan pagi hingga pukul sebelas.
3.   Dia mendapat hadiah __________ seorang wanita ternama.
4.   Bukan semua orang yang gemar makanan ___________ negeri Jepun itu.
5.   Gigi palsunya dibuat __________ porcelain.
6.    Rumah besar itu lebih berselerak _________ pondok kecilnya itu.
7.   Perangai Ahmad berbeza _________ perangai adiknya.
8.   Suhu tubuhnya meninggkat __________ 37 darjah selsius, kepada 39 darjah.
9.   Mereka memulakan kerja pembersihan ________ sudut kanan dewan itu.
10.  Ibunya baru sahaja tiba ________ kampung di Malaysia.
Latihan B:
Cuba bina 3 ayat kamu sendiri dengan perkataan dari dan daripada.

Read more...

Lagu asas mengeja dan membaca

Saturday 3 December 2011



Sumber: youtube

Read more...

Tatabahasa Tahap 1

Read more...

Kata Nama

Monday 7 November 2011

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dan sebagainya.
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dan sebagainya.
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dan sebagainya.
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dan sebagainya.
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dan sebagainya.

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dan sebagainya.

b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dan lain-lain lagi.
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dan sebagainya.

d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dan sebagainya.

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


Read more...

  © D20102043014 Ditaja Oleh: by www.syokbelanja.com 2011

Back to TOP